kenangan

kenangan

Search This Blog

Sunday, November 13, 2011

SPM

Esok adikku mula menduduki exm SPM. rasa mcm x lengkap coz ak xde kt rumah support die time exam. huh...tp ak slalu doakan kejayaan diorg..harap usaha yg dia lakukan swlama ini ada hasilnya..Ya Allah Ya Tuhanku...bantulah adikku supaya kejayaan berpihak padanya. bukan setakat pada waktu sukar ini shj..doa drpd abg ini yg tidak seberapa diharap dpt dimakbulkan. adik2 abg sume, ingatkan segala pengorbanan ibu bapa kita.walaupun kadang2 diri sdr pon lupa tentang hakikat ini namun ianya merupakan satu anugerah yg hanya dinikmati sebahagian umat di muka bumi yg fana ni. yg penting bukan shj pada esok hari, namun tawakal yg mengiringi pd hari2 seterusnye.. abg dh memberi tunjuk ajar dan halalkan segala ilmu yg abg faham.. kesedaran terhadap diri yg hanya menjadi perantaraan ilmu Allah yg sgt luas dgn ilmu diri yg kian tenggelam timbul..Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah petunjukmu pd adik2 ku. jadikanlah mereka insan yg berguna di masa hadapan kerana sesungguhnya manusia yg plg hebat adalah mereka yg dpt berkhidmat utk yg lain. Harapan diri utk menjadi salah seorang dari mereka yg berbakti di jalan jihad ini tidah pernah luntur. walaupun kadang2 sesat di tgh jalan namun kembali ke jln yg lurus dlm waktu yg singkat sgt kritikal supaya tidak lari dari fitrah kehidupan hakiki. Semoga berjaya adik2ku...Peace till then..

Friday, November 11, 2011

new day and new life is just get started. The related project concerning the future generation is being directed. But still, the current generation is shamelessly going through a life with showing no respect to the mother nature. What will be the meaning of all the research and project for the future??? keep thinking and no valid step being taken is just like free flowing asset without getting profit. The quote that has been put a long time ago and only a nature lovers' or environmental expert would realize it.

The machine running wild, the bulldozer on the rampage, the crane swinging
aimlessly againstthe sky—these are the signs of a people that is making things
over without knowing why,or to what end. The physical and cultural environment has meaning only insofar as itbears the marks of what we are and what we aspire to be.
August Heckscher, The Public Happiness (1962)

new hope everyday..peace till then

Thursday, November 10, 2011

negativity

kembali ke sinar yg dicari...mungkinkah...huh..pemikiran yg negatif itu kian menusuk laju masuk ke dalam subconsciousku.baru ku sedar betapa peritnya saat ku mengenali ertinya sebuah penceritaan..kehidupan harus diteruskan bukannya sekadar paksaan..apakah yang ingin digapai di dunia yang sementara ini..sekadar hanya menangguk di air yang keruh...gemerlapan cahaya yang dicari hilang ditelan kabus kabus malam yg dingin.diriku diperkotak katikkan oleh bayang sendiri..dan saat itu juga kuterfikir sukar hendak ku lupakan suatu kehilangan..sesekali ingin memori diulang namun semakin hilang ditelan kisah kisah pahit kehidupan...peace for life...till then

Saturday, October 10, 2009

kesuraman hati di jalan hakiki

mencari sinar yang telah sekian lama malap memerlukan pengorbanan diri....ku lihat sekeliling yang masih tidak berubah...sahabat-sahabat malah diri kini kian dihimpit cerita duka yang telah lama berlalu...namun apa yang diri ini mahu masih sukar dicari walau hakikatnya kebenaran itu telah pun lama ditemui..adakah kau dan aku mahu menyesal di kemudian hari...masih belum terlambat wahai diriku untuk kau berubah...sahabat-sahabat yang dicari untuk meniti titian kehidupan yang kian mencabar...wujudkah??
wahai hati yang kian keras kerana pengaruh dunia yang sementara...lembutlah dan carilah kembali sinar yang telah kau tinggalkan masa lalu..jadilah seperti adam yang telah berubah setelah jatuh dan hanyut sejauh jauhnya...mencari kembali iman yang kian tipis.adakah ada nur amina di luar sana untuk diri ini terus berubah??mudahnya diri dipengaruhi sekeliling.exam final yang kian hampir tidak sedikitpun menggentarkan diri...masih seperti sem yang lepas tiada tanda perubahan..bangun dan bangkitlah, namun diri ini tetap keras membatu menafikan hati kecil yang kian jauh membenam dikelilingi titik titik hitam yang kian membesar...adakah tiada kemanisan dalam hidup yang singkat ini...kadang kadang terlintas dalam hati namun ku biarkan saja dan ku pendam dalam hati...persoalan yang telah kian lama ini telah kutemui jawapannya...bukan nya kemanisan hidup itu terlalu singkat tetapi hakikatnya pengalaman buruk itu terlalu banyak...

Sunday, January 18, 2009

kesedaran yang membunuhku

ya...aku tahu la..tapi kesedaran itu masih tidak mencukupi untuk kita berubah.puncanya sudah dikesan namun sikap sebahagian diri tidak mangiyakannya menyebabkan ku terus dilamun cinta kan dunia dalam sedar. pertolongan???
dari siapa ingin kau minta...tiada.perubahan itu memerlukan pengorbanan besar yang telah lama difikirkan oleh sebahagian diri yg lain..pembunuhan secara perlahan-lahan yang amat menyakitkan ini telah berterusan selama 5 tahun.namun mengapa masih tidak kucorakkan kehidupan ini dengan lebih sempurna..ya Ilahi..bantulah daku...sandaran hati ini padamu yang telah lama namun ketidakpastian itu menghentikannya...